Pekan Cina Glodok

Sebagai pusat beli-belah, kebanyakan penjual di Glodok adalah orang Cina. Glodok adalah kawasan Pekan Cina terbesar di Indonesia, dan salah satu Pekan Cina terbesar di dunia. Orang Cina datang ke Jakarta sejak abad ke-17 sebagai pedagang dan pekerja buruh. Kebanyakan mereka datang dari wilayah Fujian dan Guangdong di China selatan. Dipusatkan di Jalan Pintu Besar Selatan, ia mempunyai sebuah pusat komersial untuk komuniti Cina yang agak kaya. Assimilasi di antara orang Cina dan pribumi menciptakan suatu bahasa yang digelar bahasa Betawi. Mengikut pentadbiran, kawasan ini adalah sebuah kelurahan di bawah Taman Sari subdistrict, West Jakarta.

Pada 2006, larangan terhadap Falun Gong dan mana-mana aktivitinya diposkan di Glodok.[3] Kerajaan mendakwanya suatu keutamaan keselatan kawasan Glodok terhadap mana-mana jenis aktiviti Falun Gong, yang mana ironiknya berkaitan dengan negara China dan komunisme.[4]